Sunday, 25 September 2016



Pendahuluan:

Keluarga bahagia datang daripada keluarga itu sendiri.Kita haruslah bertolak ansur sesama keluarga untuk mewujudkan kekeluargaan yang bahagia.Dengan itu,kita boleh mewujudkan kebahagiaan antara keluarga.

Pada umumnya, keluarga bahagia dan harmoni ialah keluarga yang disulami dengan sifat kasih sayang. Kasih sayang merupakan fitrah semula jadi manusia yang tidak mengenal waktu, jarak, tempat dan pangkat. Memetik Khutbah Jumat yang lepas, Islam sememangnya menekankan sifat kasih sayang khususnya dalam mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan penuh kasih sayang. Bagi memperolehi kasih sayang yang sebenar dalam kehidupan berkeluarga, seluruh anggota keluarga hendaklah sentiasa saling hormat menghormati serta bantu-membantu di antara satu sama lain. Dengannya keluarga penyayang dan harmoni akan dapat diwujudkan.






Tips Keluarga bahagia




Membina Keluarga Bahagia


1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.
2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahteradan harmoni.
3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia;-
(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;
(c) menjaiinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahii keluarga;
(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;
(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli keluarga;
(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.
5. Kita juga hendaklah menghargai setiap ahli keluarga kita. Antara cara-cara menghargai ahli keiuarga termasuklah:-
(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi,ulang tahun perkahwinan, dansebagainya.Cara-cara聽meraikan hari istimewa mereka:
i. mengingati hari-hari istimewa mereka dengan memberikan ucapan;
ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya seperti mengadakan majlis hari jadi;
iii. memberi hadiah atau kad ucapan selamat.
(b) mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia hanyalah adik kita;
(c) memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.
6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang.
7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.
8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:-
(a) menghormati mereka;
(b) mentaati ibu bapa;
(c) belajar bersungguh-sungguh;
(d) melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan bagi ibu bapa.
(e) menjaga mereka apabila mereka telah tua;
(f) menjaga maruah diri dan keluarga.
9. Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Orang yang menghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

1. Semangat kerjasama

Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara . Dengan itu, peranan keluarga bahagia amat penting dalam memupuk semangat kerjasama . Pelbagai aktiviti berbentuk kerjasama dalam kalangan masyarakat yang harmoni seperti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan , mengemas dan menceriakan taman permainan . Hal ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia melalui semangat bekerjasama .

http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/2013/01/usaha-usha-memupuk-semangat-kerjasama.html




2.setiap ahli keluarga bahagia  haruslah saling menghormati antara satu sama lain.

Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita  dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"dan "ke gunung sama didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga
3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa dengan jiran


1. Berbuat baik kepada jiran tidak terhad kepada mereka yang mendiami bangunan yang sama dengan anda. Rakan sebilik di asrama anda ialah jiran anda, orang yang duduk di belakang atau sebelah anda di dalam bas atau di perhentian bas ialah jiran anda, orang yang berkongsi pejabat dengan anda di tempat kerja ialah jiran anda, orang yang menikmati udara segar bersama anda di sebuah tempat awam juga ialah jiran anda. Anda patut melayani mereka dengan baik.

http://www.1malaysia.com.my/news-articles/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia



4. mengukuhkan perpaduan kaum

keluarga bahagia boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.

http://www.1malaysia.com.my/news-articles/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia


5.  berkongsi makanan


Selain berkongsi idea, berkongsilah makanan bersama mereka dengan menjemput mereka menikmati makan malam pada hujung minggu ataupun menerima jemputan mereka, dengan syarat anda memberitahu mereka mengenai had pemakanan anda . Contohnya , nasi lemak , muruku , tosai dan sebagainya

http://hcjohor.blogspot.my/2014/04/10-tips-untuk-hidup-bahagia-bersama.html


KESIMPULAN

 Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.




http://cikgutum.blogspot.my/2013/11/peranan-ibu-bapa-dalam-pembentukan.html