Sunday 25 September 2016



Pendahuluan:

Keluarga bahagia datang daripada keluarga itu sendiri.Kita haruslah bertolak ansur sesama keluarga untuk mewujudkan kekeluargaan yang bahagia.Dengan itu,kita boleh mewujudkan kebahagiaan antara keluarga.

Pada umumnya, keluarga bahagia dan harmoni ialah keluarga yang disulami dengan sifat kasih sayang. Kasih sayang merupakan fitrah semula jadi manusia yang tidak mengenal waktu, jarak, tempat dan pangkat. Memetik Khutbah Jumat yang lepas, Islam sememangnya menekankan sifat kasih sayang khususnya dalam mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan penuh kasih sayang. Bagi memperolehi kasih sayang yang sebenar dalam kehidupan berkeluarga, seluruh anggota keluarga hendaklah sentiasa saling hormat menghormati serta bantu-membantu di antara satu sama lain. Dengannya keluarga penyayang dan harmoni akan dapat diwujudkan.






Tips Keluarga bahagia




Membina Keluarga Bahagia


1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.
2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahteradan harmoni.
3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia;-
(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;
(c) menjaiinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahii keluarga;
(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;
(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli keluarga;
(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.
5. Kita juga hendaklah menghargai setiap ahli keluarga kita. Antara cara-cara menghargai ahli keiuarga termasuklah:-
(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi,ulang tahun perkahwinan, dansebagainya.Cara-cara聽meraikan hari istimewa mereka:
i. mengingati hari-hari istimewa mereka dengan memberikan ucapan;
ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya seperti mengadakan majlis hari jadi;
iii. memberi hadiah atau kad ucapan selamat.
(b) mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia hanyalah adik kita;
(c) memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.
6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang.
7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.
8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:-
(a) menghormati mereka;
(b) mentaati ibu bapa;
(c) belajar bersungguh-sungguh;
(d) melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan bagi ibu bapa.
(e) menjaga mereka apabila mereka telah tua;
(f) menjaga maruah diri dan keluarga.
9. Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Orang yang menghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.