Membina Keluarga Bahagia
1. Memiliki keluarga bahagia adalah impian setiap orang.
2. Keluarga bahagia ialah keluarga yang hidup dengan sejahteradan harmoni.
3. Tugas mewujudkan keluarga bahagia bukanlah tugas ibu atau ayah sahaja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh anggota keluarga.
4. Cara-cara mewujudkan keluarga yang bahagia;-
(a) setiap anggota keluarga perlu saling menyayangi;
(b) menyempurnakan tanggungjawab masing-masing secara sukarela dan amanah;
(c) menjaiinkan hubungan yang mesra dan akrab;
(d) senantiasa mengamalkan sikap bertolak ansur;
(e) tidak menyinggung perasaan ahli keluarga;
(f) menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah;
(g) mementingkan kesihatan dan keselamatan setiap ahii keluarga;
(h) melibatkan diri dalam aktiviti keluarga;
(i) mengambil berat akan hal dan masalah setiap ahli keluarga;
(j) mengamalkan sikap hormat-menghormati, beradab, sopan dan sebagainya.
5. Kita juga hendaklah menghargai setiap ahli keluarga kita. Antara cara-cara menghargai ahli keiuarga termasuklah:-
(a) meraikan hari-hari istimewa mereka seperti hari jadi,ulang tahun perkahwinan, dansebagainya.Cara-cara聽meraikan hari istimewa mereka:
i. mengingati hari-hari istimewa mereka dengan memberikan ucapan;
ii. mengadakan sesuatu majlis untuk meraikan hari tersebut, contohnya seperti mengadakan majlis hari jadi;
iii. memberi hadiah atau kad ucapan selamat.
(b) mendengar pandangan dan pendapat setiap ahli keluarga, meskipun dia hanyalah adik kita;
(c) memberikan sokongan moral kepada ahli keluarga jika mereka menghadapi masalah atau jika mereka menyertai sebarang pertandingan dan persembahan.
6. Kita hendaklah sanggup bersama dengan ahli keluarga ketika waktu susah dan senang.
7. Selain itu, kita janganlah lupa akan jasa ibu dan ayah. Jasa mereka tidak ternilai harganya dan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit.
8. Antara cara-cara membalas jasa ibu bapa:-
(a) menghormati mereka;
(b) mentaati ibu bapa;
(c) belajar bersungguh-sungguh;
(d) melakukan perkara yang berfaedah dan berjaya dalam hidup;- kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan bagi ibu bapa.
(e) menjaga mereka apabila mereka telah tua;
(f) menjaga maruah diri dan keluarga.
9. Sayangi mereka dan jagalah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Orang yang menghormati dan menyayangi ibu bapanya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment